4 maut selepas hadir konsert malam tahun baharu

4 maut selepas hadir konsert malam tahun baharu

Dua lelaki dan dua wanita itu dilapor meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway.

hussein omar khan
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata siasatan ke atas mangsa berusia antara 20 hingga 40 tahun mendapati tiada kecederaan luaran.
PETALING JAYA:
Empat warga tempatan masing-masing dua lelaki dan dua wanita meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, semalam.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata pihaknya menerima empat laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berhubung kematian tersebut.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati keempat-empat si mati ini telah menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Dis 2024.

“Proses bedah siasat telah dijalankan 1 Jan 2025, namun punca kematian kami masih menunggu hasil makmal“ katanya dalam kenyataan.

Hussein berkata, hasil pemeriksaan terhadap semua mangsa yang berumur antara 20 hingga 40 tahun mendapati tiada kecederaan luaran dikesan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Mohd Ridzal Puat di di talian 03-56382122 atau Pusat Kawalan Daerah di talian 03-78627222 untuk menyalurkan maklumat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.