
Katanya, lelaki berusia 58 tahun hanya sedar menjadi mangsa penipuan selepas membuat 30 kali pindahan wang dalam lapan akaun syarikat berbeza, bermula September hingga November tahun lalu.
“Pengadu telah diarah suspek memuat turun aplikasi ‘A-Trade’ melalui Apple Store. Pengadu telah membuat pindahan berjumlah RM5.9 juta secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, mangsa langsung tidak menerima sebarang pulangan dan rasa ditipu, membawa kepada laporan polis dibuat di Kajang, semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Katanya, polis memberi peringatan supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam platform media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah.
“Khususnya melalui aplikasi kewangan atau pelaburan yang tidak diluluskan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti,” katanya.