
Surat itu digunakan untuk memohon lesen kenderaan perdagangan (LKP) dijalankan oleh ejen atau syarikat.
Menurut Azlan, media perlu mendapatkan pengesahan dan penjelasan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk maklumat lanjut.
“ini perlu rujuk agensi penguatkuasa, kita tak terlibat, kita tak terlibatlah.
“Kita tidak ada kena mengena dengan isu ini,” katanya ditemui selepas sidang media oleh Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Azlan mengulas laporan media berhubung penahanan lapan individu termasuk pengarah Apad yang disyaki terbabit rasuah bagi kelulusan LKP.
Media melaporkan risikan SPRM menerusi Op Loader mendapati ada ejen atau syarikat menawarkan khidmat sebagai ‘orang tengah’ atau ‘runner’ menguruskan STK dan SKLU, memalsukan dokumen untuk mendapatkan LKP.
Difahamkan, antara dokumen diubah suai seperti penyata kewangan syarikat, kontrak kerja dan kawasan tempat letak kenderaan bagi lesen yang dimohon.
Mereka didakwa mengabaikan syarat ketat ditetapkan Apad khususnya membabitkan dokumen perlu dipatuhi serta keperluan menjalani siri pemeriksaan ditetapkan.
Dokumen dipalsu itu kemudian diluluskan pegawai tidak bertanggungjawab yang didakwa menerima bayaran antara RM3,000 sehingga RM20,000 bergantung kepada jenis dan usia kenderaan serta keupayaan syarikat ingin memperoleh LKP.