Hasil pelancongan Langkawi naik 34.9% kepada RM2.4 bilion 2022-2024

Hasil pelancongan Langkawi naik 34.9% kepada RM2.4 bilion 2022-2024

Kementerian Kewangan berkata sebarang cadangan tambahan barangan dalam skop pengecualian cukai akan memberi kesan langsung kepada kutipan hasil negara.

langkawi
Kementerian Kewangan berkata kehilangan hasil atau duti terkorban bagi Pulau Langkawi akibat pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7% dari 2022. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pendapatan hasil pelancongan Pulau Langkawi meningkat RM2.4 bilion atau 34.9% dari 2022 hingga 2024 susulan peningkatan 11% atau 323,115 pelancong sepanjang tempoh itu, kata Kementerian Kewangan.

Berdasarkan data terkini, katanya, kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu akibat pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7% dari 2022.

“Oleh yang demikian, sebarang cadangan tambahan barangan dalam skop pengecualian cukai akan memberi kesan langsung kepada kutipan hasil negara,” katanya menurut Bernama dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Ia menjawab pertanyaan Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) berhubung kerugian hasil cukai tahunan ditanggung kerajaan, jika status bebas cukai Pulau Langkawi dipulihkan.

Beliau juga mahu kerajaan membentangkan kajian impak ekonomi menunjukkan peningkatan pendapatan penduduk tempatan berbanding kehilangan hasil itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.