4 pelajar Malaysia cedera kemalangan di Jordan

4 pelajar Malaysia cedera kemalangan di Jordan

Exco Johor Mohd Fared Mohd Khaled berkata dua pelajar dari Johor dan seorang dari Selangor dalam keadaan stabil, manakala seorang lagi pelajar masih dirawat di ICU.

Dua pelajar Malaysia yang cedera dalam kemalangan jalan raya di Jordan kelmarin. (Gambar Exco Johor)
PETALING JAYA:
Empat pelajar Malaysia sedang melanjutkan pengajian di Universiti Mu’tah, Jordan cedera dalam kemalangan jalan raya kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled, berkata dua daripadanya pelajar Tahun Pertama pengajian Fiqh Wa Usul dan mereka berasal dari Johor.

“Saya mendapat maklumat daripada Atase Pendidikan Johor di Kedutaan Mesir bahawa empat pelajar Malaysia dengan dua daripada dari Johor mengalami kemalangan di Jordan.

“Dua lagi pelajar yang terbabit dalam kemalangan jalan raya itu dari Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Dua pelajar Johor yang terbabit kemalangan itu ialah Muhammad Zakwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurllkanian@Zulkarnian,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, dua pelajar dari Johor dan seorang lagi dari Selangor itu kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurutnya, baki seorang lagi pelajar masih dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital di Jordan.

“Marilah kita doakan keempat-empat pelajar ini kembali pulih dan sihat seterusnya dapat meneruskan pengajian mereka, Amin.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.