
Mariyam adalah pelajar tahun kedua program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dalam Hubungan Antarabangsa di Taylor’s University.
“Daripada 150,000 pemohon seluruh dunia, hanya 5% yang berjaya. Pencapaian Mariyam membuktikan bakat yang dimilikinya dan bagaimana Taylor’s menyediakan persekitaran pembelajaran yang cemerlang dan kondusif,” kata Dr Andrea Passeri, pengarah Program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dalam Hubungan Antarabangsa di Taylor’s University.
Mariyam memilih Taylor’s untuk mengejar impian menjadi seorang diplomat selepas membandingkan institusi itu dengan beberapa universiti lain, tertarik dengan kurikulum diplomasi yang kukuh serta kehidupan kampus yang aktif.
Sesi perbincangan anjuran Persatuan Hubungan Antarabangsa Taylor’s University mengenai politik Amerika Syarikat turut memperluaskan perspektif global Mariyam.
Pembelajaran melalui pengalaman industri
“Taylor’s memainkan peranan besar dalam perjalanan saya ke CWMUN,” kata Mariyam.
Antara pengalaman paling bermakna bagi Mariyam ialah simulasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang mengasah kemahiran berpidato dan memberikan pengalaman praktikal yang berharga. “Simulasi ini merupakan latihan yang cukup sempurna untuk persediaan saya ke CWMUN,” tambahnya.
Mariyam mengakui pendedahan industri membantu persiapan untuk dunia sebenar seorang diplomat. “Saya banyak belajar tentang diplomasi antarabangsa melalui pengalaman bersama pakar industri yang bekerjasama dengan Taylor’s serta melalui struktur kurikulum universiti ini,” katanya.

Asas yang dipelajari di Taylor’s membuka peluang kepada Mariyam untuk menyertai Persidangan Asean+ Youth Environmental Action (AYEA) 2024 di Jakarta, di mana beliau berinteraksi dengan pemimpin antarabangsa, menyumbang dalam perbincangan mengenai kelestarian, dan mengasah pengalaman diplomatiknya. “AYEA 2024 merupakan salah satu pengalaman paling bermakna bagi saya di Taylor’s,” katanya.
Pembelajaran dunia sebenar, impak global
Taylor’s University merupakan universiti pertama di Asia Tenggara yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa berasaskan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL). Program ini menggabungkan teori dengan pengalaman praktikal dalam isu global dan dasar luar negara.
Antara keunikan utama struktur WBL ini ialah pelajar tahun ketiga akan mengetuai projek bertaraf tinggi yang memberikan mereka pengalaman dunia sebenar dengan lebih mendalam berbanding latihan industri tradisional.
“Struktur WBL ini membantu pelajar untuk lebih bersedia sebelum melangkah ke alam pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran graduan Taylor’s. Ini telah dibuktikan oleh kejayaan graduan kami sejak tahun 2021,” kata Passeri.
Taylor’s turut bekerjasama dengan organisasi seperti Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Women’s Aid Organisation (WAO) bagi memastikan pelajar mendapat pengalaman praktikal dalam reka bentuk dasar dan penglibatan komuniti dalam dunia diplomasi.
“Kami juga sedang memperluaskan jaringan kerjasama dengan lebih banyak institusi diplomatik dan dasar antarabangsa bagi memberikan pelajar pengalaman praktikal bertaraf global,” tambah Passeri.

Program ini akan memperkenalkan ‘Distinguished Diplomat Series’, sebuah platform yang menawarkan perbincangan eksklusif secara bersemuka bersama diplomat terkemuka dan pakar hubungan antarabangsa.
Dihoskan oleh diplomat Malaysia, Dr ilango Karuppannan, program ini akan memberikan pelajar peluang untuk mendapatkan pendedahan mendalam tentang dunia sebenar diplomasi dan isu-isu antarabangsa semasa.
Membentuk diplomat masa depan
Dengan kurikulumnya yang berfikiran ke hadapan dan menekankan pengalaman praktikal dalam dunia diplomasi, Taylor’s University komited untuk membentuk generasi diplomat dan pemimpin masa depan yang cemerlang. “Selain Mariyam, ramai graduan kami juga kini sudah mencipta nama di Parlimen Malaysia, organisasi bukan kerajaan, dan syarikat antarabangsa,” kata Passeri.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dalam Hubungan Antarabangsa di Taylor’s University dan bagaimana ia dapat membantu anda mencapai cita-cita anda, layari laman web rasmi Taylor’s University.