Bapa saudara ditahan dalam siasatan kes dera kanak-kanak

Bapa saudara ditahan dalam siasatan kes dera kanak-kanak

Lelaki terbabit dakwa tindakan merotan bukan bertujuan mendera, sebaliknya kerana mangsa sering menangis.

abuse
Seorang lelaki ditahan dalam siasatan kes penderaan kanak-kanak susulan laporan polis oleh bapa, kata Timbalan Ketua Polis Seberang Perai Utara, C Tharmalingam.
KEPALA BATAS:
Polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, yang juga anak saudaranya, di Pulau Mertajam, Penaga Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Seberang Perai Utara, C Tharmalingam, berkata suspek ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam di Bertam susulan laporan polis yang dibuat bapa mangsa.

“Siasatan awal mendapati bapa mangsa yang bekerja dan tinggal di Kelantan menghubungi anaknya melalui panggilan video pada hari kejadian sebelum terlihat bekas abang iparnya merotan kanak-kanak itu.

“Ketika itu, mangsa dilihat menangis manakala suspek tinggal serumah dengan bekas isterinya (ibu mangsa),” katanya.

Beliau berkata pemeriksaan oleh doktor mendapati terdapat kesan lebam di kaki kanak-kanak itu dan lelaki terbabit mendakwa tindakan merotan bukan bertujuan mendera, sebaliknya kerana mangsa sering menangis.

Tharmalingam berkata suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.