
Ketua Polis Cheras Aidil Bolhassan berkata adik kepada wanita itu turut ditahan dan mereka direman hingga hari ini.
Katanya, kanak-kanak itu meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merangkumi penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak kepada bahaya.
Semalam, Aidil berkata kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 37 saat di media sosial yang memaparkan seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa menangis di sisi mayat kanak-kanak itu.