Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada USD120.6 bilion

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada USD120.6 bilion

Paras rizab memadai biaya 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata BNM.

bank negara
BNM umum peningkatan rizab antarabangsanya kepada USD120.6 bilion setakat 30 Jun lepas, berbanding USD119.9 bilion dicatatkan pada 13 Jun.
KUALA LUMPUR:
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada USD120.6 bilion (USD1 = RM4.20) setakat 30 Jun lepas, daripada USD119.9 bilion yang dicatatkan pada 13 Jun.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu merangkumi rizab pertukaran asing (USD107.0 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (USD1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (USD5.9 bilion), emas (USD4.1 bilion) dan aset rizab lain (USD2.3 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM607.31 bilion, merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain, termasuk SDR (RM510.06 bilion); kertas kerajaan Malaysia (RM13.27 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM6.83 juta); pinjaman dan pendahuluan (RM27.26 bilion); tanah dan bangunan (RM4.58 bilion); serta aset-aset lain (RM45.31 bilion).

BNM berkata, jumlah modal dan liabiliti sebanyak RM607.31 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); rizab (RM189.55 bilion); mata wang dalam edaran (RM171.82 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM122.23 bilion); deposit kerajaan persekutuan (RM7.07 bilion); deposit lain (RM75.78 bilion); kertas Bank Negara (RM10.06 bilion); serta peruntukan SDR (RM27.78 bilion) dan liabiliti lain (RM2.92 bilion).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.