
Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali di Kompleks Mahkamah Alor Setar hari ini, menurut Berita Harian.
Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, dilaporkan seorang anggota polis berpangkat koperal maut selepas dirempuh kenderaan dinaiki penjenayah yang melakukan pecah rumah di Taman Golf.
Mangsa, Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Kedah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kenderaan utiliti sukan jenis Lexus dinaiki empat suspek merempuhnya yang baru sahaja turun dari bahagian pemandu kereta.