Bekas KP kesihatan ambil tindakan lepas jadi mangsa AI

Bekas KP kesihatan ambil tindakan lepas jadi mangsa AI

Gambar Dr Noor Hisham Abdullah dimanipulasi AI bagi mempromosikan produk kesihatan.

Tangkap layar dikongsi Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan akaun Facebook palsu menggunakan imej serta gambar palsu dirinya.
PETALING JAYA:
Bekas ketua pengarah kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak di sebalik akaun Facebook palsu menggunakan namanya untuk menjual produk kesihatan.

Dalam hantaran di platform media sosial itu, beliau berkongsi tangkap layar akaun Facebook menggunakan nama ‘Tan Sri DrNoor HishamAbdullah’, sambil gambarnya dijadikan gambar profil.

Hantaran tersebut mempromosikan ‘Bee Venom Joint Healing Cream’, turut memaparkan gambar Noor Hisham sedang memegang produk berkenaan, yang tampak dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI).

“Gambar-gambar itu kelihatan sangat nyata dan ramai yang tertipu. Ingin saya tegaskan: dakwaan ini sama sekali tidak benar, dan saya akan mengambil tindakan undang-undang segera terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Ia perlu menjadi amaran kepada sesiapa yang terlibat dalam perbuatan jahat seperti ini. Jangan tertipu dengan maklumat palsu yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.