Belanjawan 2026: Pemberian khas Sabah, Sarawak naik kepada RM600 juta

Belanjawan 2026: Pemberian khas Sabah, Sarawak naik kepada RM600 juta

Jumlah pemberian khas naik sekali ganda berbanding RM300 juta pada 2023.

abang johari anwar ibrahim hajiji nor
Sabah dan Sarawak terima peruntukan persekutuan tertinggi, menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak masing-masing kepada RM600 juta mulai tahun ini, di Bawah Belanjawan 2026.

Beliau berkata, peningkatan ini sebagai sebahagian tekad kerajaan Madani memastikan kepesatan pembangunan di kedua-dua negeri Borneo itu, menyemangati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Ini bukan sekadar janji, tetapi tindakan nyata untuk merapatkan jurang pembangunan — terutamanya prasarana asas,” kata Anwar yang juga menteri kewangan.

Menurut perdana menteri, Sabah dan Sarawak menerima peruntukan persekutuan tertinggi, dengan peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion berbanding RM4.4 billion pada 2022, manakala bagi Sarawak, peningkatan kepada RM6 bilion daripada RM2.9 bilion (2022).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.