
Beliau berkata, ketika seluruh dunia termasuk Mesir, Qatar dan Hamas memberi tumpuan terhadap usaha mencari jalan damai, rakyat Malaysia sepatutnya turut mendoakan kejayaan usaha itu, bukannya menimbulkan polemik politik tidak sihat.
“Tumpuan satu dunia termasuk Mesir, Qatar dan Hamas ialah cari jalan memastikan proses perdamaian ini berhasil … jadi, kita di Malaysia pun begitu, doakan,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Fathurrahman PPAM Melinjau di Presint 11 di sini hari ini.
“Jangan timbulkan umpamanya, bantah lawatan (Trump) kerana kita sekarang minta semua negara termasuk rayuan kita kepada Trump supaya memastikan perjanjian ini dimeterai dan dilaksanakan,”
Jika Hamas sendiri menunjukkan komitmen ke arah perdamaian, tidak wajar ada pihak di dalam negara ini cuba menimbulkan perbalahan,” katanya.