Kerajaan teruskan insentif kecuali cukai, latih pemandu teksi

Kerajaan teruskan insentif kecuali cukai, latih pemandu teksi

Pemilik teksi, kereta sewa persendirian terus dapat pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan beli kereta baharu jenama nasional.

Pelbagai langkah diambil bawah Belanjawan 2026 untuk tingkat kecekapan, keselamatan dan profesionalisme sektor perkhidmatan teksi negara.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan akan terus mengecualikan 100% duti eksais dan cukai jualan bagi pembelian kereta baharu Proton dan Perodua oleh pemilik teksi dan kereta sewa persendirian.

Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, katanya, Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menyediakan RM10 juta untuk menanggung kos kursus dan elaun bagi pemandu teksi berlesen yang bercarum menjalani latihan peningkatan kapasiti.

Perdana menteri berkata, langkah ini bertujuan meningkatkan kecekapan, keselamatan dan profesionalisme sektor perkhidmatan teksi negara.

Dalam pada itu, Anwar turut menyentuh tentang Ikhtiar Warisan KL yang menurutnya bukan sekadar memulihara bangunan lama, tetapi menghidupkan semula jiwa Kuala Lumpur sebagai pentas budaya, pemangkin ekonomi dan medan aspirasi rakyat.

Beliau berkata, usaha itu diperluas kepada kerja pemuliharaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur, Kompleks Dayabumi, Stadium Merdeka serta Stadium Negara, selain pembukaan Muzium Tekstil di Merdeka 118, sebagai usaha mengetengahkan tekstil dunia Melayu.

“Penghargaan setulusnya kepada Khazanah, PNB, Petronas dan RAC (Perbadanan Aset Keretapi) atas komitmen memulihara Kuala Lumpur,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.