
Menurutnya, semua warga tempatan itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(2) Akta Pasport 1960 kerana meninggalkan Malaysia tanpa mengemukakan pasport kepada pegawai imigresen bertugas.
Daripada jumlah itu, 13 individu didakwa di Mahkamah Pati Pekan Nenas, Pontian semalam dan masing-masing didenda RM1,500.
“Tiga lagi yang ditahan ialah pembonceng dan mendapat kebenaran timbalan pendakwa raya untuk dibebaskan dengan amaran bertulis,” kata AKPS dalam kenyataan.
Pada 6 Nov lalu, 10 lagi individu disabitkan bersalah dan didenda RM1,000 setiap seorang.
Susulan itu, AKPS menasihatkan pengguna laluan motosikal di BSI sentiasa mematuhi arahan untuk melapor kepada pegawai bertugas, sama ada secara manual atau melalui aplikasi disediakan, ketika masuk atau keluar negara.
“Mereka yang gagal berbuat demikian berisiko dikenakan tindakan undang-undang serta mungkin kehilangan pekerjaan kerana pasport akan ditahan imigresen sepanjang siasatan.”