
Komander Operasi Alias Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian menimpa lelaki berusia 25 tahun itu pada 3.03 petang tadi.
Susulan itu, katanya, enam anggota bomba menjalankan pencarian dan menemukan mangsa di dalam sungai berhampiran Masjid Panglima Bayu.
“Berdasarkan maklumat daripada adik mangsa, mangsa secara tiba-tiba diserang sawan lalu terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan.
Mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, rakan mangsa, Ahmad Aris Risqi Lukman Hakim, 15, berkata kejadian berlaku pada 2.30 petang ketika mangsa memancing bersama adiknya berusia 10 tahun.
“Adik mangsa pulang ke rumah dan memaklumkan kepada ibu mereka bahawa mangsa terjatuh ke dalam sungai, sebelum ibu mangsa meminta saya membantu mencari serta menghubungi bomba,” katanya, lapor Bernama.
Menurut Ahmad Aris Risqi, mereka sering memancing di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah itu.