
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.03 petang tadi.
Katanya, setibanya di lokasi didapati tiga mangsa kanak-kanak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki terjatuh ke dalam kolam.
“Namun, ketika bomba tiba ketiga-tiganya sudah dibawa naik ke tebing kolam oleh orang awam,” katanya menurut Harian Metro.
Ketiga-tiga mangsa tidak sedarkan diri dan sehingga 5 petang, bomba masih menunggu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat pengesahan.
Maklumat punca kejadian dan identiti termasuk umur semua mangsa masih belum diperoleh.