
Beliau berkata, eksport tenaga itu bermula dua hari lalu dengan permulaan 30 megawatt dari grid Utara Sarawak. “Sekarang kita boleh menjadi Grid Borneo”, katanya di Bintulu memetik Dayak Daily.
Bekalan dari Sarawak dijangka dapat mengurangkan masalah elektrik Sabah yang berlarutan sejak 1980-an, di mana gangguan tenaga menjadi perkara biasa di banyak bahagian negeri itu. Sabah mempunyai margin rizab 5% melebihi permintaan puncak kira-kira 1,100MW pada 2024, berbanding margin di Semenanjung, 40%.
Abang Johari berkata, cita-cita eksport Sarawak sebenarnya melangkaui Sabah dengan negeri itu sedang melakukan persediaan untuk membekalkan satu gigawatt elektrik ke Singapura.
“Saya beritahu menteri-menteri Singapura bahawa ia bukan tenaga biasa – ia adalah tenaga hijau,” katanya sambil menambah inisiatif itu menyokong piawaian hijau Singapura, justeru mengukuhkan peranan Sarawak dalam pasaran tenaga serantau.
Abang Johari menyatakan, Sarawak juga sudah membekalkan elektrik kepada Kalimantan Barat dan sedang membuat pelaburan di Kalimantan Utara.