
Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli, berkata bantuan itu akan dibayar bulan depan.
“Kerajaan negeri berharap penjawat awam dapat meningkatkan tahap produktiviti, kecekapan serta kualiti kerja selaras penambahbaikan diterima demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan memperkukuh tadbir urus kerajaan.”
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Perlis 2026 bertemakan ‘Perlisku Bestari, Rakyat Sejahtera’ pada sidang Dewan Undangan Negeri di Kompleks Seri Putra di sini.
Sementara itu, Shukri berkata, penstrukturan semula gaji penjawat awam negeri itu melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Fasa 2 akan berkuat kuasa bulan depan membabitkan penambahan sebanyak RM3.28 juta.