
Tengku Zerafina dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Dihormati (DK II).
Dalam istiadat di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar serta Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Jeffrey Cheah.
Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Mazlan Mansor, Pengarah Eksekutif YTL Corporation Berhad Mark Yeoh Seok Kah dan Perunding Pakar Bedah Ortopedik Subang Jaya Medical Centre Dr Anuar Onah pula menerima Darjah Kebesaran Dato’ Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) membawa gelaran Datuk Setia.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendahului senarai 16 penerima bagi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.
Turut menerima anugerah sama Pegawai Kewangan Selangor Haniff Zainal Abidin, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor Rizam Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Prof Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor Jafri Abu.

Selain itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Azizah Omar, Hakim Mahkamah Rayuan Ong Chee Kwan, Ketua Pengarah Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Fadhil Abdul Rahman, Asisten Ketua Staf Perancangan Pembangunan dan Strategi Markas Tentera Laut Ahmad Shafirudin Abu Bakar serta Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Markas ATM Hamdan Ahmad.
Penerima lain ialah Setiausaha Bahagian Cukai Kementerian Kewangan John Patrick Antonysamy, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor Raja Johanna Adrina Raja Arshad, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd Darwis Abd Razak, KPE Kumpulan IOI Properties Group Berhad Lee Yeow Seng dan Pengarah Urusan Kuok Brothers Sdn Bhd Kuok Meng Xiang.
Istiadat berkenaan turut menyaksikan 17 individu menerima Darjah Kebesaran Dato’-Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.
Mereka ialah Orang Besar Istana Tengku Seri Perkasa Diraja Tengku Musahiddin Shah Tengku Abdul Samad Shah, Panglima Markas Briged Kedua Infantri Rosli Abu Bakar, Komandan Akademi Tentera Darat Sauffi Omar, pakar perunding kanan perubatan dalaman dan kardiologi Dr Mohd Rafizi Mohamed Rus dan Panglima Logistik Barat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut Shaiful Bahri Baharuddin.
Turut menerima DSIS ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon, Pengarah Audit (Prestasi III) Jabatan Audit Negara Zirawati Kadir, Ketua Pegawai Siasatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Azhar Husin dan Anggota Majlis Agama Islam Selangor Khadijah Mohd Khambali@ Hambali.
Selain itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan Salim Mohamed Sain, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kelang K Subramaniam, Imam Masjid Istana Diraja Rasid Mahful, Juruiring Polis kepada Sultan Selangor Ahmad Rohisham Ahmad, Pengarah Urusan Malaysian Resources Corporation Berhad Imran Mohamad Salim, Pengarah Urusan Valiram Group Ashvin Jethanand Valiram dan pelukis tersohor negara Yusof Ghani.
Atlet bina badan kebangsaan Ahmad Faiz Ariffin dianugerahkan Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (AKS), manakala 10 individu menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) antaranya mereka yang terlibat dalam operasi letupan saluran gas di Putra Heights, iaitu Pegawai Daerah dan Tanah Petaling Huzunul Khaidil Mohammed dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor Azmir Kassim.
Sepuluh individu menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) antaranya Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat dan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Khairul Azuwan Ibrahim yang terlibat dalam operasi letupan saluran gas di Putra Heights serta Naib Presiden Komersial YTL, Power International Berhad Dominic Hua Shi Hao.
Seramai 15 individu turut menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS), 15 menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS), jaguh larian menara negara Soh Wai Ching menerima Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor (BKS), manakala tujuh individu menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC).