Lelaki maut kebakaran di kondo Mont Kiara

Lelaki maut kebakaran di kondo Mont Kiara

Mangsa ditemui di balkoni dengan tahap kelecuran 100%.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata operasi pemadaman di tingkat 26 unit kondominium itu berdepan kesukaran kerana sistem pencegah kebakaran bangunan tidak berfungsi dengan baik.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut dalam kebakaran di tingkat 26 sebuah kondominium di Mont Kiara, Kuala Lumpur, malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan diterima melalui sistem NG999 berhubung kebakaran di Kondominium Tiffani Kiara.

Katanya, operasi pemadaman berdepan kesukaran kerana sistem pencegah kebakaran bangunan tidak berfungsi dengan baik yang memaksa pasukan bomba menggunakan dua pam angkut dan pam jentera bagi menyalurkan air ke unit rumah terbabit.

Katanya, seorang lelaki ditemui di balkoni dengan tahap kelecuran 100% dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 2.03 pagi tadi dengan keluasan terbakar sekitar 1,500 kaki persegi dan kemusnahan 100%.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.