
Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata kertas siasatan itu turut dirujuk kepada ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam pada Selasa untuk arahan lanjut.
Menurutnya, wanita berumur 57 tahun dan anak lelakinya berumur 30 tahun yang ditahan sebelum ini sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat tempat asal mangsa.
“Mangsa dihantar kenalan dari sebuah rumah kebajikan ke rumah suspek September lalu,” katanya menurut Sinar Harian.
Pada 8 Dis lalu, seorang wanita dan anak lelakinya ditahan selepas didakwa mendera pembantu rumah warga tempatan di rumah mereka di Rawang.
Dua beranak itu direman empat hari hingga 11 Dis lalu.
Mangsa berusia 22 tahun dilaporkan ditumbuk di muka, badan dicucuk gunting dan lengan kirinya melecur ditekap pisau panas, selain tidak dibayar gaji sepanjang bekerja dengan suspek.
Mangsa kini ditempatkan di rumah perlindungan selepas diselamatkan.