
Sumber berkata, agensi antirasuah itu kini dalam usaha mendapatkan maklumat tambahan berhubung kes melibatkan dana 1MDB termasuk beberapa kes semasa yang masih dalam siasatan.
“Firma guaman ini dipercayai terlibat dalam penyelewengan sejumlah USD1 bilion melibatkan dana 1MDB, termasuk pengalihan kira-kira USD700 juta kepada sebuah entiti luar pesisir yang berada di luar kawalan 1MDB,” katanya.
Menurut sumber, SPRM juga sedang menjalankan siasatan dan mendapatkan maklumat tambahan terhadap bekas pengarah eksekutif pembangunan perniagaan 1MDB, Tang Keng Chee yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dana disyaki diselewengkan berhubung kes 1MDB.
“Siasatan ini dimulakan berdasarkan maklumat serta risikan diterima hasil perjumpaan dan perbincangan dengan beberapa negara yang melibatkan aspek transaksi kewangan rentas sempadan serta peranan pihak-pihak profesional dalam urusan berkaitan 1MDB,” katanya.
Difahamkan, SPRM kini berusaha mendapatkan maklumat tambahan berhubung beberapa individu lain yang berada dalam radar siasatan bagi tujuan proses pemulihan aset kepada negara.