Suspek utama kes mayat wanita dalam beg direman seminggu

Suspek utama kes mayat wanita dalam beg direman seminggu

Lelaki berkenaan ditahan di kawasan Genting Sempah, kurang 24 jam selepas penahanan suspek pertama di Melaka petang semalam.

Suspek berumur 51 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kata Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Muhammad Idzam Jaafar. (Gambar Facebook)
SEREMBAN:
Suspek utama kes penemuan mayat wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau pada Khamis, direman tujuh hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Muhammad Idzam Jaafar, berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Suspek berumur 51 tahun itu dibawa polis dari IPD Rembau dan tiba kira-kira 9.45 pagi tadi diwakili peguam Sean Dudley.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Idzam sebelum ini dilaporkan berkata, lelaki berkenaan ditahan di kawasan Genting Sempah, kurang 24 jam selepas penahanan suspek pertama di Melaka, petang semalam.

Suspek lelaki berumur 41 tahun itu direman hingga Khamis.

Dalam pada itu, turut dilaporkan identiti sebenar mayat wanita terbabit masih belum dapat dikenal pasti berikutan jasad mangsa yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.