PPZ-MAIWP lanjut waktu operasi kaunter hingga hujung tahun

PPZ-MAIWP lanjut waktu operasi kaunter hingga hujung tahun

Langkah beri kemudahan kepada pembayar zakat sebelum 31 Dis bagi melayakkan rebat cukai penuh.

PPZ-MAIWP sedia platform bayaran zakat melalui fizikal dan dalam talian kepada orang ramai. (Gambar PPZ)
PETALING JAYA:
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melanjutkan waktu operasi 10 kaunternya bagi memberi peluang kepada orang ramai menunaikan zakat sebelum berakhir tahun 2025.

Bermula 22 hingga 31 Dis, semua kaunter PPZ-MAIWP beroperasi dari 8 pagi hingga 9 malam, kecuali kaunter di UTC Pudu Sentral yang ditutup pada 8 malam.

PPZ-MAIWP turut menyediakan cenderahati seperti beg membeli-belah eksklusif dan kalendar 2026, selain jamuan ringan serta booth asnaf dan rakan strategik bagi memeriahkan suasana hujung tahun.

Selain bayaran di kaunter, pembayar boleh menunaikan zakat secara dalam talian melalui portal zakat.com.my, aplikasi MyZakat, perbankan internet, e-dompet, serta perkhidmatan Amil2U yang membolehkan pegawai hadir ke lokasi pembayar.

Orang ramai juga digalakkan menggunakan perkhidmatan Zakat 1 Call Away menerusi talian 1-300-88-5757 dan menunaikan zakat selewat-lewatnya 31 Disember bagi melayakkan 100% rebat cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2025.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.