
Katanya, semua mereka berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu ditahan dalam serbuan pada 2.15 pagi, semalam.
“Saya mengesahkan tangkapan itu dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang pegawai dan lima anggota positif dadah,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, mereka kini direman hingga hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama.
Yahaya berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku dan sekiranya didapati bersalah, penyelia mereka juga akan dikenakan tindakan.
Difahamkan, selain dua pegawai berpangkat inspektor dan lima anggota berpangkat koperal serta lans koperal itu, turut ditahan dua wanita Thailand dan seorang lelaki tempatan.