AAX belum muktamad namakan semula syarikat kepada AirAsia

AAX belum muktamad namakan semula syarikat kepada AirAsia

Sebaliknya syarikat itu berkata ia sedang teliti kemungkinan penukaran nama syarikat bagi mencerminkan penggabungan perniagaan penerbangan AirAsia Group.

AirAsia X
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes berkata dalam hantaran di LinkedIn semalam AAX akan dinamakan semula sebagai AirAsia dan disenaraikan sebagai saham baharu pada 19 Jan. (Gambar Air Asia)
KUALA LUMPUR:
AirAsia X Bhd (AAX) menjelaskan tiada sebarang keputusan muktamad dibuat untuk menamakan semula syarikat itu kepada AirAsia pada 19 Jan ini.

Sebaliknya, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu berkata ia sedang meneliti kemungkinan penukaran nama syarikat bagi mencerminkan penggabungan perniagaan penerbangan AirAsia Group selepas selesai pengambilalihan 100% kepentingan ekuiti dalam AirAsia Bhd dan AirAsia Aviation Group Ltd.

“Pada masa ini, tiada keputusan muktamad telah dibuat dan tiada permohonan telah dikemukakan kepada pihak berkuasa yang berkaitan berhubung cadangan penukaran nama berkenaan.

“Sebarang cadangan sedemikian masih tertakluk kepada perbincangan dalaman, kelulusan lembaga pengarah, kelulusan kawal selia dan kelulusan pemegang saham, jika berkaitan,” kata AAX dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, sambil menambah syarikat itu akan membuat pengumuman diperlukan, jika ada dan pada masa sesuai.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd (syarikat induk AAX), Tony Fernandes berkata dalam satu hantaran di LinkedIn semalam bahawa AAX akan dinamakan semula sebagai AirAsia dan disenaraikan sebagai saham baharu pada 19 Jan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.