Malaysia perlu keluar daripada perangkap ‘middle income’, kata PM

Malaysia perlu keluar daripada perangkap ‘middle income’, kata PM

Anwar Ibrahim berkata, asas ekonomi negara yang semakin kukuh harus disusuli hala tuju jelas.

anwar ibrahim
PM Anwar Ibrahim pada Majlis Perasmian Seberang Perai Aspire Centre dan Santuni Komuniti di pekarangan bangunan MBSP, Bukit Mertajam, hari ini. (Gambar Bernama)
BUKIT MERTAJAM:
Malaysia perlu keluar daripada perangkap negara berpendapatan pertengahan dengan menetapkan hala tuju yang jelas ke arah ekonomi bernilai tinggi berasaskan teknologi dan digital, kata Anwar Ibrahim.

Perdana menteri berkata, asas ekonomi negara kini semakin kukuh maka momentum itu perlu disusuli dengan pelaksanaan dasar transformasi digital secara menyeluruh termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan melalui pembangunan bandar pintar.

“Apabila negara ini sudah meletakkan asas ekonomi yang lebih meyakinkan, ia kena disusuli dengan hala tuju yang jelas supaya Malaysia tidak lagi terperangkap sebagai negara pertengahan ataupun pendapatan pertengahan yang disebut ‘middle income trap’.

“Kita lihat perkembangan negara lain, ia maju, kemudian tersangkut di satu peringkat … sebab itu, kita merangka beberapa dasar dalam pelan perindustrian dan transformasi digital,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Seberang Perai Aspire Centre dan Santuni Komuniti di pekarangan bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri I Mohamad Abdul Hamid dan Datuk Bandar MBSP Baderul Amin Abdul Hamid.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.