
Menurut sumber, permohonan itu difailkan bawah Seksyen 56(1), Seksyen 59 dan Seksyen 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Harta terlibat ialah wang berjumlah kira-kira USD115.3 juta (RM450.5 juta) yang disimpan dalam beberapa akaun bank di Switzerland termasuk di JP Morgan (Suisse) SA dan UBS Switzerland AG.
“Tindakan itu diambil selaras peruntukan undang-undang yang memberikan kuasa kepada SPRM untuk memohon pelucuthakan harta yang dipercayai hasil daripada aktiviti haram tertakluk pada perintah mahkamah,” katanya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan permohonan itu.