Lebih RM123 juta dilulus kepada 1,048 rumah ibadat bukan Islam

Lebih RM123 juta dilulus kepada 1,048 rumah ibadat bukan Islam

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata rumah ibadat ialah pusat menyemai nilai murni, perpaduan nasional dan kesejahteraan komuniti.

Nga Kor Ming
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata setiap komuniti berhak mendapat akses kepada kemudahan beribadat selamat, sempurna dan selesa.
PETALING JAYA:
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan berjumlah RM123,716,331.27 juta kepada 1,048 rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di seluruh negara setakat Disember lalu.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata peruntukan yang diluluskan menerusi inisiatif RIBI itu mencerminkan komitmen kerajaan memelihara RIBI sebagai institusi penting komuniti selaras prinsip keterangkuman, perpaduan dalam kepelbagaian dan keharmonian sosial.

“Rumah ibadat bukan sekadar struktur fizikal sebaliknya pusat bagi menyemai nilai-nilai murni, perpaduan nasional dan kesejahteraan komuniti.

“Tiada rumah ibadat yang harus dibiarkan uzur atau terabai kerana setiap komuniti berhak mendapat akses kepada kemudahan untuk beribadat yang selamat, sempurna dan selesa,” katanya dalam kenyataan dipetik Bernama.

Menurutnya, sebuah Gereja Methodist Cina di Taiping semalam menerima peruntukan RM250,000 bagi membaik pulih rumah ibadat Methodist pertama di Malaysia yang dibina pada 1905, iaitu warisan bersejarah berusia 121 tahun di Bukit Larut.

Beliau berkata, peruntukan itu digunakan pihak gereja bagi menggantikan lantai kayu rosak, memasang siling baharu, mengecat semula dan membaik pulih sistem pendawaian elektrik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.