
Tegasnya, tiada bantuan sedemikian diberikan dan orang ramai dinasihatkan tidak klik pautan meragukan.
MoF turut menggesa orang ramai tidak berkongsi maklumat peribadi dengan sumber tidak sah dan sentiasa menyemak maklumat skim bantuan melalui saluran rasminya.
“Dapatkan maklumat sahih skim bantuan kerajaan melalui laman web dan akaun media sosial rasmi kami. Hentikan penyebaran mesej palsu. Semak sebelum kongsi,” katanya dalam catatan Facebook.
Mesej tular memaparkan gambar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan, mendakwa bantuan RM500 itu dikreditkan ke akaun orang ramai, yang disertakan pautan untuk “penerima” menyemak kelayakan dengan memasukkan maklumat peribadi mereka.