
Ini menjadikan keseluruhan lima sekolah ditutup sementara setakat ini, selepas Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sengkang dan SJKC Kulai Besar.
Beliau berkata, berdasarkan makluman Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai, tiga sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kota Kulai, SK Taman Kota Kulai 2 dan Sekolah Agama Taman Kota Kulai.
“Murid sekolah berkenaan akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga Jumaat.
“Api masih dikesan aktif dan pihak bomba sedang meneruskan operasi pemadaman,” kata timbalan menteri komunikasi itu dalam catatan Facebook.
Beliau menasihatkan penduduk setempat sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama.
Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan tiada bahan pencemar berbahaya dikesan setakat ini dan kualiti udara di kawasan sekitar kilang terbakar itu tidak membimbangkan.
“Pemantauan berterusan masih dilaksanakan JAS bagi memastikan keselamatan orang awam sentiasa terpelihara,” katanya dalam catatan Facebook malam tadi.