
Pengendalinya, Rapid Rail Sdn Bhd, berkata pemeriksaan mendapati kabel kuasa dipotong dan dicuri berhampiran Stesen Damansara Damai menyebabkan gangguan “serius” kepada perkhidmatannya.
“Kerja pembaikan berskala besar dijangka berterusan sehingga tamat waktu operasi perkhidmatan hari ini,” katanya dalam kenyataan.
Susulan itu, tren alternatif diaktifkan dengan tren dari Stesen Putrajaya Sentral akan berpatah balik di Stesen Metro Prima.
Tren perantara antara Stesen Metro Prima dan Damansara Damai akan berulang-alik, manakala tren dari Kwasa Damansara akan berpatah balik di Stesen Damansara Damai.
Bas ulang-alik percuma disediakan untuk penumpang terjejas akibat gangguan itu.
“Disebabkan gangguan operasi ini, penumpang dijangka mengalami waktu menunggu lebih lama, terutamanya di antara Stesen Metro Prima hingga Damansara Damai.
“Penumpang disasran mendapatkan pengangkutan alternatif bagi meneruskan perjalanan ke destinasi.”
Oktober lalu, MRT Laluan Putrajaya mengalami gangguan akibat kecurian kabel komunikasi dan isyarat. Perkhidmatan laluan itu kembali normal selepas pembaikan lebih seminggu.