
Menurutnya, kerajaan membayar RM933,360,633 atas kesalahan, kecuaian dan tindakan salah pegawai atau agensi.
Beliau turut menggariskan langkah diambil Putrajaya, termasuk mengarahkan kementerian terbabit kes mahkamah menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca dan kronologi kes yang menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan atau ganti rugi.
“Sekiranya terdapat pegawai atau pihak lain yang didapati cuai dan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya yang menyebabkan kerugian ini, maka kementerian berkaitan hendaklah mengemukakan syor sama ada pegawai tersebut dikenakan tindakan tatatertib,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.
Anwar yang juga perdana menteri menjawab soalan William Leong (PH-Selayang) berhubung wang yang dibelanjakan kerajaan dan langkah diambil bagi mengurangkan liabiliti kewangan pada masa depan.
Katanya, kerajaan turut mengeluarkan surat teguran kepada kementerian berkaitan supaya mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan sedia ada.