
Program itu dianjurkan oleh Persatuan Sindrom Down Negeri Perlis dengan kerjasama Kariah Masjid Al Mubarak, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) serta beberapa NGO tempatan termasuk ASTRA, PESONA, Pop Yeh Yeh dan Wisdom Outreach Centre.
Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, serta puteri kedua baginda Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Inisiatif berkenaan bertujuan memupuk semangat kasih sayang, perpaduan komuniti serta memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa mempelajari kemahiran asas memasak.
Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen turut berkenan menyertai simbolik mengacau bubur lambuk sebelum beramah mesra dengan kanak-kanak istimewa dan ahli kariah yang hadir.