
Katanya, usaha itu merangkumi peningkatan keupayaan pemantauan, pengesanan ancaman serta pengawasan tadbir urus, selaras jangkaan kawal selia dan amalan industri.
“Bank Rakyat merujuk kepada notis awam dikeluarkan Bank Negara Malaysia berhubung penalti monetari pentadbiran (AMP) berkaitan insiden keselamatan siber pada tahun 2024.
“Bank berkenaan mengesahkan perkara tersebut ditangani dan tindakan pemulihan yang sewajarnya dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.
Pada 1 April lalu, bank pusat berkata Bank Rakyat dikenakan AMP sebanyak RM1 juta susulan pelanggaran perlindungan maklumat pelanggan dan keselamatan siber.
Bank itu juga gagal melaksanakan piawaian keselamatan siber yang kukuh seperti dikehendaki bawah dokumen dasar pengurusan risiko dalam teknologi (RMiT PD).
Selain itu, Bank Rakyat juga gagal melindungi maklumat pelanggan menerusi kawalan mencukupi seperti dikehendaki bawah dokumen dasar pengurusan maklumat pelanggan dan pendedahan yang dibenarkan (MCIPD PD).
Sementara itu, Bank Rakyat berkata ia kekal komited untuk memastikan persekitaran perbankan selamat dan boleh dipercayai untuk pelanggannya.
“Kami merakamkan penghargaan atas sokongan dan keyakinan berterusan daripada pelanggan serta pihak berkepentingan,” katanya.