
Mereka membawa plakad dan melaung-laungkan slogan ketika ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu mula berucap pada suatu wacana di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Gangguan berlaku hanya seketika sebelum polis bantuan mengeluarkan dua individu terbabit.
Azam meminta hadirin tidak melayan gangguan itu lalu meneruskan ucapan mengenai integriti dan tadbir urus.
“Itu gangguan kepada TV kita. Jangan tutup TV anda,” kata Azam sebelum meneruskan ucapan, di acara yang dianjurkan bersama oleh SPRM, Asia e University, dan WTC KL.
Seusai ucapan, Azam enggan mengulas kejadian tersebut ketika ditemui pemberita. “Saya ada mesyuarat,” katanya sebelum beredar.
Sementara itu, akaun media sosial NGO, Mandiri, mendedahkan individu terbabit sebagai Hamdin Nordin dan Ahsanul Akmal.