Mahkamah keluar waran tangkap ke atas 2 anak Daim, bekas peguam

Mahkamah keluar waran tangkap ke atas 2 anak Daim, bekas peguam

Amin dan Amir Zainuddin Daim serta bekas peguam Josephine Premla Sivaretnam akan fail semakan di Mahkamah Tinggi terhadap perintah itu.

Dua beradik, Amir dan Amin Zainuddin Daim, serta bekas peguam Josephine Premla Sivaretnam sudah dimaklum pada Februari lalu mereka dikehendaki hadir dan beri keterangan kepada SPRM.
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap dua anak lelaki Allahyarham bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin, serta seorang bekas peguam.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon waran tersebut selepas dua beradik, Amir dan Amin Zainuddin Daim, gagal hadir di ibu pejabat agensi antirasuah itu untuk memberi keterangan, pada Isnin.

Josephine Premla Sivaretnam.
Josephine Premla Sivaretnam.

Waran juga dikeluarkan terhadap bekas peguam, Josephine Premla Sivaretnam, susulan kegagalannya hadir semalam.

Majistret Illi Marisqa Khalizan mengeluarkan waran berkenaan atas permohonan SPRM selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat dan peguam Nizamuddin Hamid, mewakili ketiga-tiga individu itu.

Beliau menyatakan bahawa mahkamah mendapati tiada dokumen sokongan dikemuka untuk membuktikan dakwaan mereka untuk tidak hadir ke pejabat SPRM bagi rakaman keterangan.

Illi turut menegaskan, ketiga-tiga individu tersebut telah dimaklumkan SPRM sejak Februari lalu bahawa mereka dikehendaki memberikan keterangan masing-masing.

Namun, mahkamah membenarkan penangguhan sementara terhadap waran tangkap terbabit selepas dimaklumkan pihak-pihak terlibat berhasrat memohon semakan terhadap perintah itu di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, anak perempuan Daim, Asnida, didakwa di Mahkamah Sesyen kerana gagal mematuhi notis pengisytiharan aset SPRM.

Beliau didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan sahamnya dalam lima syarikat — Amiraz Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Transgrade Sdn Bhd, dan Gajah3 Foods Sdn Bhd.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.