300 pembantu warden dilantik demi kurang beban guru

300 pembantu warden dilantik demi kurang beban guru

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata penempatan mereka akan terus diperluas ketika pemantauan keselamatan pada sebelah malam.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata pembantu warden dilantik selaras aspirasi menekankan keperluan guru beri tumpuan kepada aktiviti PdP. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 300 Personel MyStep Pembantu Warden Asrama (MyPWA) dilantik dan mula ditempatkan di sekolah berasrama seluruh negara bermula 1 April bagi meningkatkan tahap keselamatan murid serta mengurangkan beban tugas guru.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata MyPWA berperanan membantu warden khususnya dalam pemantauan waktu malam bagi memastikan keselamatan, kebajikan, dan kesejahteraan murid asrama dapat terus diperkukuhkan.

“Pelaksanaan inisiatif MyPWA akan terus diperluaskan sebagai satu ikhtiar yang selari dengan agenda reformasi keselamatan di semua institusi pendidikan bawah kelolaan Kementerian Pendidikan,” katanya menurut Bernama.

Fadhlina berkata, langkah itu juga selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 menekankan keperluan guru memberi tumpuan kepada aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.