Harga petrol naik 40 sen, diesel naik 70 sen

Harga petrol naik 40 sen, diesel naik 70 sen

Harga seliter RON97 akan ditetapkan pada RM5.35, RON95 tanpa subsidi pada RM4.27, dan diesel RM6.72.

Fuel Price
PETALING JAYA:
Harga petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi naik 40 sen di seluruh negara mulai esok, manakala harga diesel di Semenanjung naik 70 sen.

Menurut Kementerian Kewangan, harga RON97 ditetapkan pada RM5.35 seliter berbanding RM4.95 seliter setakat hari ini, manakala harga RON95 ditetapkan pada RM4.27 seliter, naik daripada RM3.87 seliter.

Harga diesel di Semenanjung akan ditetapkan pada RM6.72 seliter, meningkat daripada RM6.02 seliter.

Sementara itu, petrol RON95 bersubsidi bawah program BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter, manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Harga bahan api itu berkuat kuasa hingga 15 April.

Kementerian menjelaskan, harga minyak di negara ini ditentukan berdasarkan purata harga petrol dan diesel minggu sebelumnya, dan bukan harga semasa hari ini, yang mencatatkan penurunan berikutan pengumuman gencatan senjata.

Katanya, kos bekalan yang tinggi sepanjang tempoh lima minggu lalu, yang mencecah sekitar USD150 setong bagi produk petrol dan USD250 setong bagi produk diesel, terus mempengaruhi harga runcit minyak dalam negara.

“Kerajaan Madani akan terus memantau perkembangan global secara rapi dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil serta mencukupi, di samping terus melindungi rakyat menerusi mekanisme sokongan bersasar sedia ada,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.