
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata langkah itu bertujuan memberi lebih pilihan kepada pengguna, mengurangkan kos bahan api, serta membolehkan penumpang berkongsi perjalanan secara lebih efisien dengan kadar tambang berpatutan.
“Ini sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan kadar segera kerana sebelum ini memang telah ada proof of concept yang dijalankan dengan beberapa syarikat e-panggilan.
“Jadi, ia menjadi contoh teladan bagi semua pihak dan agensi untuk mengambil langkah proaktif dalam mendepani krisis ini,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan.
Turut hadir Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Loke turut menegaskan keperluan untuk sentiasa menyesuaikan dasar dan peraturan tanpa menjejaskan aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang sedia ada.
Beliau juga menjangkakan lebih ramai rakyat akan beralih kepada pengangkutan awam dan kenderaan elektrik (EV) sebagai langkah penjimatan susulan konflik di Asia Barat.
“Kementerian Pengangkutan komited memperkasakan penggunaan pengangkutan awam di seluruh negara, khususnya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan transit aliran massa (MRT), bagi memastikan kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya.