
Majistret Mahmoodah VM Abdul Latiff menjatuhkan hukuman itu terhadap S Anandhan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan mangsa.
Mahkamah turut mengenakan denda RM4,000 ke atasnya, atau enam bulan penjara jika gagal membayar.
Mengikut fakta kes, mangsa yang sedang menjamu selera di sebuah restoran di Rawang pada 8 April apabila Anandhan mengambil gambar pahanya dari jarak tertentu.
Mangsa kemudian membuat laporan polis dan memaklumkan dia mengalami trauma akibat kejadian itu serta memerlukan rawatan terapi.
Timbalan Pendakwa Raya Hafiz Aiman Badrisham mewakili pihak pendakwaan, manakala Anandhan diwakili peguam V Kumar.