
Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, Muhammad Hassan, 24, kali terakhir dilihat berpakaian kemeja-T berwarna jingga dan seluar panjang hitam.
Lelaki itu sedang direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 14(d) dan (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Sehubungan dengan itu, polis menasihati orang awam supaya lebih berhati-hati dan menghubungi pegawai penyiasat C Muhendran menerusi talian 010-4304383 atau IPD Sungai Buloh melalui talian 03-61561222, atau mana-mana balai polis berhampiran, jika mempunyai maklumat mengenai keberadaan banduan itu.
Mohd Hafiz turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan operasi polis serta menimbulkan kegusaran masyarakat.