CEO badan berkanun direman berkait rasuah RM1 juta

CEO badan berkanun direman berkait rasuah RM1 juta

Suspek disyaki minta dan terima rasuah sebagai balasan bantu luluskan bayaran tuntutan kontraktor bagi membina gelanggang squash RM7 juta di ibu negara.

Suspek direman lima hari selepas perintah dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
PETALING JAYA:
Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan membantu meluluskan bayaran tuntutan kontraktor bagi membina gelanggang squash bernilai RM7 juta di ibu negara.

Perintah reman selama lima hari hingga 18 April terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakaria selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira 7 malam semalam di sebuah pusat membeli belah di Lembah Klang.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu dan meminta rasuah sebanyak RM1 juta.

“Bagaimanapun, suspek dipercayai menerima kira-kira RM500,000 tunai sebelum Aidilfitri lalu dan RM100,000 lagi semalam daripada kontraktor terbabit di sebuah pusat membeli belah di Lembah Klang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Yuhafiz Mohd Salleh, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.