JB, Kota Tinggi, Pontian dijadual alami gangguan bekalan air 23 jam

JB, Kota Tinggi, Pontian dijadual alami gangguan bekalan air 23 jam

Gangguan bekalan air pada 21 dan 22 April itu bagi beri laluan kerja selenggara Loji Rawatan Air Sungai Johor.

water crisis
Operator air Johor Ranhill SAJ Sdn Bhd nasihatkan pengguna sediakan bekas simpanan air yang mencukupi sepanjang tempoh gangguan tersebut.
JOHOR BAHRU:
Tiga daerah iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian dijadual mengalami gangguan bekalan air terancang selama 23 jam pada 21 dan 22 April ini.

Operator air Johor Ranhill SAJ Sdn Bhd memaklumkan gangguan yang dijadual bermula pada 9 pagi Selasa hingga 8 pagi pada Rabu itu, bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Johor.

“Tangki simpanan air di setiap premis mampu bertahan sehingga 24 jam pada penggunaan normal dan sekiranya tiada tangki simpanan, pengguna dinasihatkan sediakan bekas simpanan air yang mencukupi,” menurut hantaran di laman Facebook syarikat itu.

Senarai penuh lokasi yang terlibat dengan gangguan di kawasan Tiram, Skudai, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Kota Tinggi dan Pontian itu, boleh disemak menerusi laman Facebook rasmi Ranhill SAJ – Setitis Yang Bermakna.

Pengguna juga disaran mendapatkan maklumat berkaitan gangguan bekalan air menerusi saluran rasmi aduan Ranhill SAJ menerusi talian 1800887474, atau e-mel [email protected] atau SMS : ATRanhillSAJ Aduan ke nombor 63001.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.