
Katanya, Pengerusi PH Melaka Adly Zahari ada mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh sambil menyatakan ‘nampak kerjasama ke arah positif’.
“Jadi, kita mengharapkan yang terbaik antara kedua-dua parti kerana PH tidak mahu dianggap sebagai parti yang hanya memberi sokongan dari segi peratusan bukan Melayu sahaja.
“Kita nak berperanan lebih daripada itu bagi memperkukuh pentadbiran kerajaan Melaka,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Pada bulan lalu, Ab Rauf berkata, PRN Melaka dijangka diadakan dalam tempoh enam bulan akan datang, mengambil kira DUN Melaka dijangka tamat penggal pada 30 Dis depan.
Dalam pada itu, belum ada keputusan kerjasama dicapai antara Barisan Nasional (BN) dan PH berdepan PRN Melaka.
Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perkara itu tiada dalam agenda untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang pertama kali diadakan di Melaka pada 17 April, selepas Sabah pada PRN yang lalu.
“Tiada ketetapan apa-apa. Ia mesyuarat MKT bulanan yang diputuskan untuk ke negeri-negeri termasuk Melaka. Tiada dalam agenda (perbincangan kerjasama dengan PH),” katanya.