
Akmal berkata spesifikasi enjin kenderaan menyokong bahan api itu sejak 2020 dan beberapa kawasan dalam negara telah menggunakan biodiesel B20, lapor Bernama.
“Dalam tempoh yang sedang berlaku ini, aduan ataupun kebimbangan itu sebenarnya belum sampai ke tahap ada kes yang kita boleh jadikan satu rujukan,” katanya ketika ditanya mengenai kesesuaian penggunaan bahan api berkenaan ke dalam kenderaan.
Katanya, pihak industri termasuk kenderaan untuk membuat persiapan sejak 2020 untuk beralih ke bahan api berkenaan.
Sebelum ini, Akmal mengumumkan kerajaan bersetuju meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan B12 tanpa melibatkan sebarang kos tambahan susulan krisis di Asia Barat.
Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menjamin ketersediaan bekalan diesel negara bagi tempoh lebih lama selain mengurangkan kebergantungan tinggi terhadap import bahan api fosil dan pasaran luar serta menekankan bahawa penstrukturan semula ekonomi menerusi peralihan kepada tenaga boleh baharu perlu dipercepat.