
Peruntukan yang akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Kelantan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika menziarahi Masjid Gong Chapa di Pasir Puteh, semasa lawatan kerjanya ke Kelantan semalam.
“Kerjasama erat dalam menunaikan hak rakyat dengan penuh kesaksamaan amat penting untuk membangunkan negara dan nasib rakyat dapat terus dipelihara,” kata Menteri Besar Kelantan Nassuruddin Daud menerusi hantaran Facebook malam tadi.
Dalam pada itu, peruntukan berjumlah RM500 ribu turut diumumkan bagi kerja-kerja membaik pulih prasarana SMU(A) Darul Ulum Al-Muhammadiah, Bachok, yang terjejas akibat kebakaran, selain bantuan kepada insitusi pendidikan Islam di Kelantan, termasuk tujuh buah pondok di jajahan Pasir Puteh, Bachok dan Pasir Mas.
Semalam, perdana menteri dilaporkan berkata, sejak tahun lepas, beliau turun padang untuk mendengar masalah-masalah yang dihadapi rakyat Kelantan, termasuk kemiskinan.
“Walaupun masalah kemiskinan tegar selesai, masalah kemiskinan ini masih ramai termasuk di Kelantan. Jadi saya akan bagi peruntukan khas tambahan di Kelantan untuk projek membantu rakyat bawah kategori miskin sebanyak RM20 juta.”