DBKL turun kadar deposit cagaran konsert, pertunjukan pentas

DBKL turun kadar deposit cagaran konsert, pertunjukan pentas

Deposit cagaran untuk pertunjukan pentas, kebudayaan dan konsert membabitkan artis luar negara dikurangkan daripada RM30,000 kepada RM8,000 serta RM15,000.

Kadar baharu itu akan bermula 1 Mei ini dengan pertunjukan pentas atau kebudayaan membabitkan artis tempatan dikurangkan daripada RM10,000 kepada RM4,000, manakala konsert pada RM10,000.
KUALA LUMPUR:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan kadar deposit cagaran bagi aktiviti konsert, pertunjukan pentas dan kebudayaan sebagai sokongan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 yang dilanjutkan sehingga 2027.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata kadar baharu yang akan bermula 1 Mei ini menyaksikan cagaran bagi pertunjukan pentas atau kebudayaan membabitkan artis tempatan dikurangkan daripada RM10,000 kepada RM4,000, manakala konsert ditetapkan pada RM10,000.

“Bagi artis luar negara pula, cagaran untuk pertunjukan pentas dan kebudayaan dikurangkan daripada RM30,000 kepada RM8,000, manakala bagi konsert daripada RM30,000 kepada RM15,000,” katanya selepas menghadiri Majlis Makan Malam Persatuan Seni, Acara Langsung, Konsert dan Festival Malaysia (ALIFE) di sini, malam tadi.

Beliau berkata, langkah itu selaras penekanan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim supaya semua kementerian bekerjasama dalam menjayakan agenda kerajaan.

“Kita nak menarik lebih ramai lagi penganjur acara menganjurkan program dan konsert serta aktiviti di Kuala Lumpur.”

Terdahulu, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Nasir dilaporkan berkata, kempen TMM 2026 dilanjutkan hingga 2027 bagi memberi ruang kepada pasaran pelancongan antarabangsa pulih, dengan sasaran 47 juta pelawat asing serta RM329 bilion pendapatan pelancongan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.