RON97 naik 5 sen, RON95 naik 10 sen mulai esok

RON97 naik 5 sen, RON95 naik 10 sen mulai esok

Harga itu berkuat kuasa sehingga 6 Mei.

PETALING JAYA:
Harga petrol RON97 naik 5 sen di seluruh negara mulai esok, manakala harga RON95 tanpa subsidi akan meningkat 10 sen.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata harga RON97 akan ditetapkan pada RM4.90 seliter berbanding RM4.85 seliter ketika ini.

Harga RON95 tanpa subsidi akan ditetapkan pada RM3.97 seliter, naik daripada RM3.87 seliter.

Harga diesel di Semenanjung Malaysia pula kekal pada RM5.12 seliter.

Petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 akan kekal pada RM1.99 seliter, manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Harga ini berkuat kuasa sehingga 6 Mei.

“Kerajaan akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.